"Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara" - Riwayat Muslim.

Dealing With Pain.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Aku yakin semua orang pasti pernah melalui kesusahan. Dan sekarang aku dapat rasakannya. Saya tahu memang agak sakit dah tempat kita mengadu hanyalah pada Allah. Di saat aku perlukan semua orang, semua orang hilang entah kemana. Aku cuma perlukan seorang sahabat yang boleh mendengar kisah aku.

Aku bukan mahu menuduh tapi aku pasti itulah kenyataannya. Aku perlukan kata-kata sokongan bukan sindiran terus menerus yang boleh 'membunuh' perasaan aku. Aku kurang pasti. Aku tahu teman-teman aku semua punya ilmu yang tinggi, akhlak yang baik dan sebagainya. Tapi masih kurang mengerti.

Ya Allah, baru sekarang aku tahu antara mana sahabat atau lawan. Yang dulunya pernah meluahkan perasaan padaku saat baru-baru berhijrah. Aku menjadi pendengar setianya tapi disaat aku perlukan sokongan, semua hilang. Kecewa.

Aku bukan mintak balasan tapi inikah yang dipanggil 'sahabat fillah'?



“Ditanya seorang cendikiawan, kenapa langit itu bersih?

Beliau tersenyum lalu menjawab,
“Kerana manusia tidak tinggal di sana.”


Aku rasa mahu menitis air mata aku bila menghadapinya. Saat aku berbicara benar, dia hanya memberi aku sindiran. Inikah ujian daripadaMu, Ya Allah?

Aku memohon semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk menhadapinya. Aku yakin selepas ini 'engkau' akan lebih bahagia tanpa aku disisi. Aku sentiasa mendoakan kejayaan kamu dunia dan akhirat. Harap kau tidak terleka. Terima kasih atas segalanya sahabat. Aku bertuah kerana punya sabahat seperti kamu. Alhamdulillah. Jalanmu sentiasa diiringin doa daripada aku.

Mungkin ada beberapa perkara yang perlu aku recheck.
  1. Niat
  2. Hubungan dengan Tuhan
  3. Hubungan dengan ibu bapa
  4. Hubungan dengan guru
  5. Hubungan dengan kawan kawan
  6. Ibadah
Walaupun bukan segala-galanya tapi dengan tawakkal datang juga bersangka baik pada Allah, dan yakin bahawa apa pun yang berlaku, In Sya Allah semuanya yang terbaik untuk kita.

Point is, Allah itu Maha Adil. Dan adil tak bermakna kita akan dapat apa yang kita mahukan tapi apa yang kita perlukan. Allah juga takkan sesekali membebankan hambaNya luar dari kemampuan mereka.