"Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara" - Riwayat Muslim.

Maafkan Kami Gaza & Syria.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Derita kita,
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberansangkan.
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa.
Derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang Merobek kulit mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa,
Itulah derita para ibu di bumi Gaza.
Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
Belum sempat membeli rantai baru,
Belum sempat menempah siap pakaian baru,
Samakah kita dengan mereka?
Bumi Gaza,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion...
Wahai Gaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
Kami lelaki-lelaki/wanita-wanita sekuatmu & setabahmu juga,
Kami memohon ampun kepadamu wahai Gaza,
Kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
Kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan.



Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
Kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak-banyak,
Kami hanya menjadi penonton di mana darah-darah anak-anakmu, isteri-isterimu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci.
Wahai Gaza,
Walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
Terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu.
Wahai Syria,
Walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
Terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu,
Melawan segala yang menjadi musuh Allah, Al-Yahudu wal Bashar.
Wahai Gaza, wahai Palestin, wahai Syria,
Maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu…
Maafkan Kami Gaza & Syria - Ustaz Azhar Idrus.