"Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara" - Riwayat Muslim.

PadaMu Ku Berserah.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Ya Allah, hari-hari yang aku lalui semakin mencabar. Sungguh mencabar...
"Mampukah aku menetapkan prinsipku?"
"Mampukah aku untuk terus berdiri teguh di atas landasan yang bengkok?"
"Mampukah aku?"
Untuk menjadi gagak putih dalam kalangan gagak hitam memang sesuatu yang mustahil untuk dilakukan terutama bagi hamba Allah seperti aku. Terlalu banyak kelemahan tetapi aku tahu, untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang boleh buat termasuk AKU. *Lap mata*
Ya Allah,
Bagaimana? Berikanlah petunjukMu. Sungguh ya Allah, aku benar-benar tertekan. Keadaan semakin rumit. Mampukah aku untuk terus menguatkan iman dalam kalangan teman-teman yang kurang menjaga pergaulan? Yang tidak memegang amanah sebagai pelajar? Yang melanggar perintah Allah supaya menghormati guru? Yang tidak bekelakuan seperti muslim atau muslimah yang cuba mentarbiyah diri? Sebagai teman, jujur aku sedih. Bila di tegur ada je suara-suara yang kadang-kadang buat aku sakit. Buat hatiku terluka. 
Sungguh ya Allah, aku benar-benar perlukan pertolongan daripadaMu. Tetapi, mampukah aku untuk terus berdiri dengan penuh dedikasi?  Mampukah?
Sudah berpuluh-puluh atau mungkin juga beratus-ratus kali aku menghadapi keadaan seperti ini. 
"Eh, kau dah siap homework? Nak pinjam kejap boleh? Nanti aku pulangkan balik."
"Eh, em, awak dah siap kerja sekolah? Tengok kejap. Tak tahulah nak buat macam mana. Lagipun, busy semalam."
"Esok tolong bawa buku BM ya? Aku tak siap lagi. Tak tahu nak buat macam mana. Peninglah. Banyak sangat homework."
Ayat serupa. Matlamat juga serupa. Matlamat untuk mengadakan 'acara tiru-meniru'. Dan 'acara' ini sering kali berulang, berulang dan terus berulang.
Ya Allah, aku tidak kisah jika teman-temanku hendak meminta bantuan daripada aku untuk menerangkan soalan-soalan atau mata pelajaran yang mereka tidak faham atau tidak tahu. Tetapi mengapa mereka sering mencari jalan mudah dengan cara MENIRU kerja orang lain? Aku bukan berkira ya Allah. Bukan... Cuma mereka tidak berusaha. Yang mereka tahu, 'kalau tak siap, meniru....' dan yang menjadi 'mangsa' adalah aku dan teman-teman yang selalu siap homework.
Ya Allah,
Adakah aku terlalu berlembut dengan teman-temanku sehingga mereka pijak kepala aku? Atau mungkin juga aku terlalu memendam apa yang aku rasa? Dan yang menjadi pendengar setia ialah Engkau ya Allah. Dan apa yang aku risaukan sekarang ialah apabila 'pendam menjadi dendam'.
Nau'zubillahiminzalik. Ya Allah, aku tidak mahu sifat itu ada di dalam diriku. Bersihkanlah hatiku.
Ya Allah,
Kadangkala aku bosan dengan sikap mereka. Bukan dengan mereka tetapi dengan SIKAP mereka. Apabila meniru, sudah tentu tiada usaha. Sedangkan, jika hendak menuntut ilmu perlu ada usaha. Barulah ada nilai kesungguhan yang sebenar.
Ya Allah,
Kuatkanlah imanku untuk terus menegakkan syiar Islam di kelasku. Menjaga peribadiku sebagai seorang wanita Islam dalam kalangan teman-temanku yang kurang memahami 'batas-batas pergaulan dalam Islam'. Kuatkanlah aku ya Allah. Kuatkan diriku, imanku, jasadku dan emosiku. Berikanlah petunjukMu di setiap langkahku. Aku sangat memerlukanMu... 
Ya Allah,
Mencabar sungguh duniaMu ini ya Allah sehinggakan kadang kala aku juga seolah-olah ragu dengan rahmatMu. Terlalu mengharapkan pergantungan kepada manusia. Yang akhirnya akan mengundang kecewa.

Ya Allah,
Terlalu banyak perkataan-perkataan yang tidak baik yang keluar daripada mulut teman-temanku dan yang menjadi 'pendengar' kepada perkataan-perkataan tersebut ialah aku. Walaupun aku hanya pendengar dan mereka tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak baik kepadaku, tetapi aku sangat kecewa dan terkadang aku tertanya,
"Inikah teman-teman yang mampu membimbing aku untuk menuju ke jalan-Mu? Menuju syurga-Mu? Teman-teman yang mampu mendekatkan diriku kepada-Mu? Teman-teman yang mampu mentarbiyah aku di samping mentarbiyah diri mereka juga? Inikah ya Allah?"
Sungguh ya Allah, hanya Engkau yang memahami perasaanku. Yang memahami isi hatiku. Perkataan-perkataan yang kasar dan sia-sia sering kali terhambur keluar daripada mulut mereka, tidak kira lelaki atau perempuan, sama saja. Tiada beza. Carutan demi carutan sering kali dituturkan. Bila aku melangkah masuk sekolah itu aku cuma pegang kata-kata Ibuku "Rehan dah besar. Boleh fikir Dosa dan Pahala. Datang sekolah belajar, dua tahun je dekat situ. Sabar ya? Kene pandai jaga diri". 
Ya Allah,
Kuatkanlah imanku. Bantulah aku untuk menguatkan imanku. Hanya Engkau yang dapat membantu aku. Aku tidak kuat untuk berdiri seorang diri tanpa adanya pertolongan daripadaMu. Sangat benar kata pujangga,
"Seseorang yang cuba mendekatkan diri kepada Allah, akan terasa asing di tengah-tengah manusia."
Dan kini ya Allah, aku sangat mengerti perkataan 'asing' itu. Sangat mengerti.
Ya Allah,
Kadang kala aku juga ingin berkongsi pendapatku dengan teman-teman yang sekepala denganku. Yang ingin berkongsi suka duka denganku. Yang mampu memberi inspirasi kepadaku. Tetapi bagaimana ya Allah jika cara pemikiran aku dan teman-teman sungguh berbeza? Bagaimana ya Allah... Bagaimana?
Ya Allah,
Aku cuba untuk mengajak mereka ke jalanMu, tetapi ya Allah payah sekali walau aku cuba berlembut, cuba mengajak mereka dengan cara yang halus. Aku cuba ya Allah, tetapi apakan dayaku? aku tidak berjaya. Mungkin kerana aku terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kelemahan. Maafkan aku ya Allah... Aku tidak sehebat Asiyah, tidak pula sekuat Sumayyah. Maafkan aku...
Ya Allah,
Hampir setiap hari kulihat kemungkaran berlaku di depan mataku. Lelaki dan perempuan yang bergelak ketawa bersama-sama. Mampu juga tergelak besar dan terbahak-bahak bersama-sama. Ada juga yang berkongsi masalah peribadi yang terlalu peribadi bersama mereka yang berlainan jantina! Di manakah cara hidup Islam diletakkan? Di mana ya Allah... Perasaan malu juga sudah tidak diambil kira. Lelaki dan perempuan duduk rapat-rapat bagai tiada dosa dan pahala. Bisik-bisik ke telinga masing-masing untuk berkongsi cerita. Bila balik sekolah nampak ada yang berjalan dengan perempuan. Apabila ditegur, mereka berkata,
"Alaaaa, jalan dengan perempuan pun salah ke?..."
"Kawan je kot... Bukannya buat apa-apa pun...Lek luuuuuuuu..."
Nau'zubillahiminzalik ya Allah...
Nauzubillahiminzalik...
Ya Allah,
Mampukah aku untuk terus bertahan? Mampukah aku ya Allah... Aku benar-benar rasa keseorangan tanpa teman yang mampu menasihati aku untuk sentiasa mengingatiMu di setiap detik dan waktu.
Ya Allah yang Maha Mengetahui... Hari ini aku sudah pandai tersenyum apabila ada lelaki-lelaki yang mengusik, ada lelaki-lelaki yang membuat lawak di depanku dan kadang-kadang tergelak kecil. Maafkan aku ya Allah... Ampunkan aku. Aku juga sangat kecewa dengan diri ini.
Dan sebab itu, aku mula tertanya dan bertanya kepada diriku, mampukah aku? Mampukah aku untuk terus istiqomah dalam persekitaran seperti ini. Mampukah aku? Mampukah? 
Ya Allah, PadaMu ku berserah diri...
"Pada hari itu (hari kiamat), sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"
( Surah Az-Zukhruf  ayat 67)