"Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara" - Riwayat Muslim.

Sebenarnya, Sabar tu Indah.

بسم الله الرحمن الرحيم 


Bila kita di uji dengan pelbagai masalah membuatkan kita hilang sabar. Memang kekadang hati tak pernah cuba untuk bersabar. Sabarlah wahai anak muda. Allah menjanjikan yang terbaik untuk kamu jika kamu belajar untuk bersabar dengan sepenuh hati. InshaAllah akan ada sesuatu yang terbaik untuk kamu nanti
Kite selalu merintih tentang nasib yang tak sama seperti orang lain, kita selalu mengeluh bila di uji bermacam-macam masalah. Kekadang rasa tak termampu nak menanggung pelbagai masalah itu. Menangis dan terus menangis mungkin boleh menghilangkan tekanan kita tapi sampai bila kan?
Allah Maha Kuasa. Minta la dengan NYA apa yang kamu inginkan, sesungguhnya DIA MAHA MENDENGAR.


Seseorang sering mengingatkan saya, hmm? 
“Kita perlu belajar menerima takdir hidup kita, masa akan terus berjalan sehingga nafas terputus dari dada, andai diri lemah dan habis upaya, nescaya tangisan tiada sudahnya. Bersyukurlah dengan segalanya, tiada derita yang menemani selamanya, bahagia itu ada bila kita belajar untuk redha.”
Thanks atas nasihat itu semoga kita sama saling mengingat dan selalu bersabar.

                                                                                           Loves, RA